About

Sunday, October 30, 2016

Pesanan

Aku tahu kau bukan lagi budak..

Bukan la kanak-kanak kecil..

Tapi aku tetap dengan pesanan aku..

Itu dan ini..

Seperti tidak pernah lelah dalam menyampaikan..

Pesanan ketika kita berjauhan..

Pesanan dalam mengingatkan..

Pesanan kepada seorang isteri..

Dari seorang suami..

Wednesday, October 26, 2016

Waktu

Selagi ada waktu ku untuk diri mu

Sepenuh perhatian akan ku tumpukan untuk mu

Supaya tiada pembaziran waktu 

Kau tempat aku mengadu

Kau tempat aku yang aku tuju


Tuesday, October 25, 2016

Penuh Makna

Kurebahkan raga ini..
Setelah seharian mengais rezeki..
Untuk menafkahi isteri..
Agar engkau tak terzalimi..


Maafkan aku atas perpisahan ini..
Harus meninggalkanmu untuk mencari rezeki..
Demi memenuhi tuntutan..
Yang kan menunjang hidup kita nanti..
Wahai engkau isteri tercinta..
Ingin sekali kini ku berkata..
Besarkan dan didik lah bakal buah cinta kita..
Dengan ketegasan berbalut cinta..

Wahai engkau isteri tercinta..
Engkau lah bidadari ku di dunia..
Sudah seharusnya selalu ku jaga..
Telah zalim lah aku jika engkau teraniaya..
Isteriku, kuharap kau kan mengerti..
Bahwa aku selalu menjaga cinta ini..
Cinta kita yang telah terikat tali suci..
Saling berjanji dan setia sampai mati..

Isteriku, doa'kan saja aku disini
Agar selalu istiqomah menjalani hidup ini..
Memenuhi kewajiban padamu dan buah hati..
Menuju kebahagiaan rumah tangga yang hakiki..

Wahai engkau isteri tercinta..
Aku bersumpah kan selalu setia..
Engkau lah anugerah terindah di dunia..
Semoga bersama sama kita bisa meraih redha Allah Subhanahu Wa Ta'alla...

Dari Hati Ku

Selamat malam isteriku
Bayangkan langit biru
Pejamkan rapat matamu tanpa sebarang tekanan
Niatkan agar aku tiba dalam setiap tidurmu

Isteriku
Mimpikan sesuatu yang indah
Senyumlah saat tidurmu
Aku akan sentiasa melindung dan menjaga tidurmu

Isteriku
Saat terjaga peluk erat tubuhku
Aku berimu kehangatan bagi menutup dingin malam ini
Pejamkan matamu wahai permaisuriku

Isteriku
Tangisanmu membasahi dadaku
Tangislah sepuas hatimu
Jangan diusap air mata jernihmu

Isteriku
Tabahkan hatimu
Saat aku pergi seketika untuk berjuang
Kau turut berjuang memerangi rasa sedih hatimu

Tenanglah isteriku
Tidak aku pergi jauh meninggalkan mu
Sentiasa aku berada di dalam dirimu
Memberi kasih dan sayangku untuk mu

Kau adalah milikku
Segala tentangku adalah milikmu
Takdir dan hidupku pertaruhkan untukmu

Berjanjilah
Kita akan bersama tika tiba waktunya
Kan ku ikat jarimu pada jari yang sama denganku
Tiada lagi tepisahnya kita

Kau IsteriKu terCinta
Farah Hannan Abdul Nasir
Selamat Malam

Thursday, October 20, 2016

Sumpah

Sumpah..

Sumpah aku..

Di saat aku pertama kali mengenal kau..

Aku berjanji akan memperisterikan kau..

Kau yang satunya..

Saat kau sah menjadi isteri aku..

Aku juga bersumpah..

Akan menjaga kau sepenuh hati aku..

Akan membahagiakan diri kau..

Walau kau jauh dari ku..

Tidurku, makan ku, semuanya hanya untuk kau..

Tanggungjawab yang aku pikul..

Bukan mainan..

Tapi sesuatu yang besar..

Setiap gerak mu, semua di atas bahu ku..

Aku bersumpah..

Aku tidak akan tewas dengan emosi..

Emosi yang akan memusnahkan segala yang aku bina..

Sumpah aku..

Sampai aku mati..

Itu sumpah aku...

Terhadap diri kau..

Aku sayang kau sampai aku mati..

Selamat malam

Nama pun isteri..

Suami mana tak sayang..

Tak tunggu..

Tak risau..

Tak fikir..

Kekasih hati kan..

Tunggu ja la..

Jangan kalah dengan emosi..


Friday, October 14, 2016

Kau

Im here without you...

Jauh beribu batu...

Berpura seperti kau ada di depan mata..

Setiap masa teringatkan kau..

Sebelum

Semasa

Selepas

Setiap perkara hanya kau diingatan..

Isteri...

Tonight..

Only you & me..


Wednesday, October 12, 2016

Aku

Di saat aku bernyawa..

Masih menghembus nafas..

Serba sedikit peringatan akan aku berikan..

Bebelan yang tak pernah penat aku ungkapkan..

Panggilan yang tanpa sahutan..

Dan sampai masa aku tiada nanti..

Semua itu telah tiada..

Bisunya mulut..

Pekaknya telinga..

Butanya mata..

Tiada lagi selepas itu..

Aku telah tiada..

Sunday, October 9, 2016

Suami & Isteri

Aku bukanlah seorang ustaz..

Aku bukanlah seorang pakar motivasi..

Aku bukanlah seorang doktor..

Aku bukanlah seorang angkasawan..

Aku hanyalah seorang suami..

Yang mempunyai seorang isteri..

Aku hanyalah seorang pemimpin..

Yang akan memimpin sebuah keluarga..

Hala tuju destinasi adalah berlandaskan apa yang aku lakukan..

Segalanya aku lakukan bukan hasil pemikiran aku seorang..

Tapi bersama isteri aku..

Perbincangan adalah suatu yang aku titik beratkan..

Kesabaran adalah suatu kepentingan..

Aku hanyalah seorang suami..


Sunday, October 2, 2016

Di atas riba ku....

Ya sayang...

Jasad kita terpisah...

Tidak bersama...

Tidak bertentang...

Tapi semua itu untuk seketika...

Tabahlah..

Kuatlah..

Aku sentiasa memerhati kau...

Berdoa untuk kau...

Tempat kau adalah di sisi aku...

InsyaAllah...

Kuatkan diri untuk hari esok & seterusnya...