Berlawan dengan hati dan perasaan
Menunding ke arah lain
Bukan diri sendiri
Sampai mati tiada penyelesaian
Ingat tempat sendiri
Sisi siapa harus kita pergi
About
Monday, May 29, 2017
Bacaan
SIHIR PEMISAH & SIHIR SIMPULAN

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.
Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Katakanlah; Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (QS Al-Falaq: 1-5)
“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah...” (QS Al-Baqarah: 102)
Disini saya senaraikan dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :
1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya.
Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.
2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti didalam surah Al-Falaq ayat 4-5 diatas. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan.
Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya.
Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.
3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB)Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain.
Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya.
Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.
4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.
5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.
6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM)Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.
7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.
8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.
9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian.
Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.
Inilah serba sedikit dan secara ringkas yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan petunjuk kepada kita didalam mengharungi kehidupan didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan ujian.Sekiranya terdapatlah tanda-tanda seperti yang diceritakan serba ringkas diatas, maka berusahalah mengubatinya. Datangilah mana-mana pusat rawatan islam yang diyakini yang banyak terdapat sekarang ini. InsyaAllah! Saya berkeyakinan tinggi bahawa semua perawat dari pusat rawatan islam diseluruh Malaysia ini memang berkebolehan, ikhlas dan ingin membantu orang-orang yang mengalami masalah berkaitan sihir bukan bertujuan komersil.
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Oleh :
‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

Watak
Tiada manusia yang sempurna..
Pastinya ada kekurangan di setiap watak..
Dalam kekurangan itu pasti ada pelengkapnya..
Pelengkap itu terletak pada watak yang lain..
Bagaimana caranya..
Atas diri kita sendiri..
Ingat watak kita..
Ingat pelengkap kita..
Selagi ada jasad bernyawa..
Kita perbetulkan segalanya..
Sempurna itu bukan kita..

Sunday, May 28, 2017
Raja dan Permaisuri
Istana yang sudah terbina..
Dihiasi indah oleh mereka..
Hari demi hari berlalu..
Apalah guna seorang raja tanpa permaisurinya di sisi..
Sunyi dan sepi..
Ibarat dunia tidak berpenghuni..
Tiada gantinya si permaisuri..
Hanya satu bertakhta di hati..

Wednesday, May 24, 2017
Copy & Paste
(Adabtasi Dari sebuah kisah benar)
Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.
Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.
Ding!
Mesej masuk di Whatsapp.
“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”
Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.
Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.
Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.
Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.
Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.
Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.
Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.
Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.
Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.
Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.
“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”
Si ayah tersenyum menjawab,
“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.
Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.
Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”
Si anak mengangguk. Senyum.
“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”
Si ayah menjawab ringkas,
“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”
“Macam mana tu, ayah?”
“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”
Si anaknya tersenyum.
“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”
“Pandainya anak ayah!”
Si ayah mencium dahi anaknya.
“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”
Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.
“Ayah sayang saya tak?”
Ayahnya tersenyum.
“Sayang sangat.”
“Sayang umi tak?”
Ayahnya tersenyum lagi.
“Sayang. Lebih dari kamu tahu.
Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?
Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”
Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.
**
Suamiku melangkah keluar bilik.
Langkahnya terhenti.
Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.
Sungguh, aku khilaf!
Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.
“Awak ok ke?”
Suami kaget seketika.
“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”
Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.
“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”
Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.
“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”
Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.
“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”
Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.
Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.
“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”
Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.
Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.
Aku mengangguk mengiyakan.
“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”
“Tulusly, tak kisah!”
***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.
“Macam mana? Dah selesai?”
Aku membalas ringkas mesej itu.
“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”
Mesej masuk lagi.
“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”
Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.
Depan suami.
Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.
Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan..
kreadit : ainul na'im

Thursday, May 11, 2017
Bicara
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah..
Dengan siapa..
Bila waktunya..
Akan dibicarakan oleh setiap manusia..
Dan bila sudah bertemu jodohnya..
Akan tiba soalan lain dari bual bicara mereka..
Dah berisi..
Bila lagi..
Itulah bicara manusia..
Yang takkan pernah terhenti..
Kenapa tidak ditanya bila hendak mati..
Sabarlah...
InsyaAllah..
Berdoalah selalu..

Subscribe to:
Posts (Atom)