About

Monday, November 28, 2016

Doa Seorang Suami

Bismillah…. 
Ya Allah …ya Tuhan ku...

Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata yang tak berguna
Kau kuatkanlah semangatku melewati segala ujianMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…Ya Rahman Ya Rahim.. 
Sekiranya isteriku adalah pilihan-Mu di atas Arsy

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di SyurgaMu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya… 
isteriku ini jodoh yang dirahmati olehMu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya
Ya Allah… Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. 
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggung jawabku sebagai suami..
Hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu...

Kepada isteri ku...
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri 

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang 

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku...

Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku suami yang disayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya
Hanya padaMu Ya Allah aku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujian dariMu


Ya Allah ..
Sesungguhnya diriku ini hanyalah HambaMu yang lemah dan fakir

Limpahkanlah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah

Aku memohon ampun kepadaMu ya Allah, atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. 



Pulanglah

Entah apa yang ingin dicoretkan di malam ni..
Lama menyepi..
Bukan tanda dah mati..
Masih hidup bernyawa lagi..

Sesungguhnya aku memerlukan kau..
Di sisi mungkin belum sampai masanya lagi..
Yang pasti hanya kau..

Kepulangan kau amat dinanti..
Mungkin buat kali terakhir bagi aku..
Menatap wajah..
Sebelum aku pergi..

Pulang demi mereka..
Yang sangat setia menanti kau..
Yang sangat merindui kau..
Yang tidak putus mendoakan kau..

Pulanglah ke pangkuan mereka..


Thursday, November 17, 2016

Cara

Kadang terfikir tentang diri sendiri..

Betul atau tidak cara hidup ini..

Ke mana hala tuju

Itu pastilah yang Satu..

Tapi cara..

Bagaimana..

Betul atau tidak..

Berbalik kepada persoalan itu..

Mengubah

Diubah


Tuesday, November 8, 2016

Masa

Selagi aku punya masa..

Masa itu hanya milik kau..

Agar kau tidak merasa kesepian..

Kesorangan..

Janji aku pada kau..

Hanya kau..

Dan bila aku tak lagi punya masa..

Aku hanya mampu menoleh..

Dan tidak mampu menggamit lagi masa yang telah tiada itu..

Pujaan ku..

Berjauhan adalah perkara yang sukar..

Sukar untuk ditempuhi..

Dan kadang sukar untuk difahami..

Aku janji masa yang berbaki ini hanya untuk kau..

Supaya tidak menyesal tika aku pergi nanti..

Today im around..

I can be with u..

Suatu hari nanti......

Untuk diri

Setiap yang diciptakan pasti ada baik dan buruknya..

Yang baik kita kekal dan tingkatkan..

Yang buruk kita cuba sisihkan..

Beringat pada setiap waktu..

Jangan sampai terlalai..

Lalai dalam mengerjakan kewajipan..

Sampai ada yang terabai..

Sunday, November 6, 2016

November

Aku Kau Kita

Setiap darinya akan diuji

Ujian yang datang dari Nya

Setiap tiba pada waktunya

Setia dan Sabar

Kunci yang kukuh bagi kita

Doa

Pengiring setia

Masa itu akan tiba

Masa itu akan pantas berlalu

Percayalah

Satu

Dua

Tiga

Empat dan

Lima

Akan tamat jua akhirnya

Ia akan berlalu

Aku sayang kau

Aku rindu kau

Aku Kau Kita......