Khalifah & Amanah Allah ini diberi nama Noor Iman Harraz.
Dilahirkan pada hari khamis,
Bertarikh 26 April 2018
bersamaan 12 Syaaban 1439 Hijrah,
jam lebih kurang 0746hrs dgn berat 2.5Kg.
Syukur Alhamdulillah.
Semoga Noor Iman Harraz (Cahaya Keimanan Yg Amat Warak) ini sentiasa diberkahi & dikurniakan kebaikan olehNya.
InsyaAllah, Amin YRA.
Penerima Amanah,
Ayahanda Noor Aliff & Bonda Farah Hannan
#MasaItuCinta
Aku bersyukur pada Mu..
Dikurniakan seorang Isteri yang tabah..
Pelbagai pengorbanan yang dilaluinya dari awal perkahwinan..
Hingga ke saat ini..
Isteri..
Tabahnya engkau tidak dapat ku tandingi..
Cekalnya engkau dalam mengharungi..
Redhanya engkau kerna Ilahi..
Yang pasti tidak dapat aku kecapi..
Isteri..
Hari-hari ku di sana amat sepi tanpa engkau di sisi..
Aku gagahkan diri melangkah..
Aku gagahkan diri mengingati..
Detik bersama menjadi buaian mimpi..
Setiap malam pasti engkau hadir menemani..
Isteri..
Terima kasih untuk segalanya..
Temanilah aku hingga ke akhir hayatku..
Sumpah dan janji ku hanya engkau bertakhta di hati ini..
Aku mencintaimu sepenuh hatiku Farah Hannan..
Nantikan aku kembali..
Jagalah dirimu untuk ku..
Jagalah Harraz untuk ku..