About

Friday, May 27, 2016

Memori

Akan ku usahakan

Bagi mencipta memori

Memori yang indah

Yang terbaik

Buat diri ku

Dan dirinya..

Rasa semalam

Rasa hari ini

Rasa akan datang

Akan ku pulihkan segalanya

Bestrong

Wednesday, May 25, 2016

Jalan

Dahulu

Aku merasakan bahawa jalan ini sangat panjang

Merasakan bahawa jalan ini sangat gelap untuk aku lalui

Merasakan seperti tiada penghuni lain yang menemani kesunyian ini

Merasakan seperti tiada cahaya yang akan menyinari

Sekarang

Cahaya yang aku temui

Petunjuk yang aku nampak di balik cahaya itu

Membawa aku ke satu jalan lain

Jalan yang penuh dengan suka & duka

Jalan yang berpenghuni

Jalan yang mempunyai nama

Nama yang aku berikan

Kita

Ya

Jalan kita

Diiringi oleh Nya...

Jalan yang kita akan hiasi

Semoga jalan kita terus bercahaya

InsyaAllah

Sunday, May 22, 2016

Eyes

I wish i can see u..

But i cant..

Sakitnya hingga tak terpejam mata ini..

Saturday, May 21, 2016

Indah

Bila kau bercakap tentang hati & perasaan manusia...

Semua nya berbeza...

Susah untuk mencari persamaan..

Tapi bukan alasan untuk kau cari perbezaan..

Yang harus kau ambil berat adalah

Memahami setiap perbezaan itu..

Maka terungkap lah sesuatu..

Indah..

Wednesday, May 18, 2016

Kerna Mu..

Rasa ingin memiliki ini hanya kerna Allah s.w.t

Rasa setiap perbuatan ini hanya kerna Allah s.w.t

InsyaAllah 

Semailah rasa kasih kita kerna Allah Hannan

Aliff & Hannan

Tuesday, May 17, 2016

Mimpi

Ya Allah...
Apakah Kau sedang menduga aku?
Dengan mainan mimpi ini..
Begitu besar sekali dugaan itu Ya Allah..
Aku tidak mampu menghadapimya..
Aku takut untuk kehilangan..
0214hrs

Monday, May 16, 2016

Dugaan

Dugaan yang harus dilalui..

Pohon agar dikuatkan hati masing-masing..

Jangan ada yang mengalah..

Sentiasa berdoa pada yang Nya..

Agak kita tak kan berubah..

Sunday, May 15, 2016

Menulis

Menulis 

Mengarang

Mencoret

Dengan perkara-perkara di atas 

Mampu untuk aku menghilangkan gelora di jiwa 

Apa yang nak ditulis?

Apa sahaja

Corak penulisan

Kebebasan untuk aku

Pembaca?

Sesiapa sahaja


Friday, May 13, 2016

Katakan

Blurr

Nak ja aku cakap tolong jangan ganggu lagi

Nak sangat-sangat

Tapi aku tak perlu cakap

Dia sendiri yang perlu cakap

Bukan aku

Tersimpan

Terpendam

Terbuku

Terkunci

Apa lagi

Sebab aku layan sebab tu aku mati

Thursday, May 12, 2016

Terlintas

Sentiasa ingat pada Allah

Kau diuji

Kerna kau mampu

Kau sabar

Tenangkan hati walau begitu berat

Terlalu banyak kau berfikir

Kau akan buntu

Kau akan hancur

Kau akan hidup

Tetapi ibarat kau mati

Wednesday, May 11, 2016

Untuk Kamu Hannan

Dakmie - Yang Terindah


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Bila dihayati semula lirik ini
Ingin aku tujukan khas buat Hannan
Aku bersyukur kerna kau hadir
Walau tidak kau kenal siapa aku

Kau belajar sedikit demi sedikit untuk memberi rasa
Rasa yang kau sendiri tidak lagi percayakannya
Aku cuba mengilhamkan kembali segala rasa itu
Semampu aku
Maaf andai ia tidak sempurna

Ya kita jauh
Tapi aku selalu rasa dekat dengan kau
Kerna kau yang sentiasa memberi rasa itu tanpa kau sedari

Indah?
Sentiasa 

Yakin?
Andai kejujuran yang kita saluti pada rasa itu
Hanya kuasa Allah yang mampu memisahkan kita

Cinta?
Saat aku memiliki mu 
Pada tarikh yang ditetapkan itu
Akan aku bisikkan pada telinga kau

Salam Maghrib
1931hrs


Hati yang berada dijantungku..




Fahami

Cara penulisan?

Aku

Tidak gemar untuk menulis kisah lain di sini

Hanya aku dia atau siapa saja

Yang berkaitan dengan aku

Berterus terang

Berkias

Amat mudah

Apa yang terlintas itu yang aku cuba ungkapkan

Biar ia nampak pelik

Rumit

Sukar difahami

Cukup untuk aku memahami


Monday, May 9, 2016

Hurmm

Seribu 1 persoalan muncul..

Tapi 1 yang paling aku takut..

Adakah aku akan tewas dengan diri aku sendiri?

Diri lampau yang aku benci..

Yang hitam yang busuk..

Yang dikawal oleh nafsu & tewas dek akal fikiran..

Aliff...what's wrong with you?

Ingat Allah..

Always positive..

Dia tahu apa yang Dia aturkan..

Sungguh aku takut kehilanganmu..



Sunday, May 8, 2016

tisu

Nampak kental

Tapi hati serupa tisu

Siapa yang tahu

Tisu apa maw?

Tisu muka tisu lembab roti tisu

Tiada siapa pun tahu

Apa kaitan tisu?

Kenapa tisu?

Kenapa tidak batu?

Biarlah apa pun........

Kau!

Apa lagi kau mahu?

Tidak kau tahu batas kau?

Kenapa kau datang lagi?

Kenapa kau cuba menghampiri?

Tidak mampukah aku menghalang?

Tiada dayakah aku?

Terlalu banyak berfikir.....

Saturday, May 7, 2016

Teringat

Sorry....


I miss you so much...


Friday, May 6, 2016

Im here..

Aliff sentiasa ada untuk awak...

Kongsikan segalanya dengan aliff...

Bolehkan?


Tuesday, May 3, 2016

Kelabu

Rindu?

Kuatkan hati aliff..

Dugaan itu sememangnya kuat..

Andai aliff lemah..

Aliff akan tewas dengan segalanya..

Aliff tahu aliff mampu..

Aliff percaya aliff boleh..

Bawa rindu itu di dalam Doa..

Doa yang selalu aliff panjatkan..

Berusahalah aliff..

Warnai hidup aliff..

Jangan biar ia kelabu..

Rindu......

Hanya Allah yang tahu..

Monday, May 2, 2016

Go go go

berusaha sebaik mungkin..

Selagi bernyawa..

Missing you

Missing you is like
Walking out into the pouring rain
And expecting to stay dry
It's like calling for peace
When the first bullet has already been shot
And it's like taking back a conversation
That's you've never had before

Missing you is needing to cry
But not having enough tears
Like screaming at night
With no one awake to hear you
And it's like loving a memory
And only ghosts to kiss you back

It's like asking a blind man
To paint the colors of the rainbow
Or asking a deaf man
To sing you their favourite song
It's like having a million things to say
But saying nothing at all.


Sunday, May 1, 2016

Terlintas

Ku ingin kau tahu,

Ku selalu milikmu,

Yang mencintaimu,

Sepanjang  hidupku..

Walau secebis kata yang terlintas d hati,

Andai berkesempatan akan aku coretkan di sini,.

Biar apa orang kata, asal hanya aku yang tahu..

Hannan..