About

Wednesday, May 25, 2016

Jalan

Dahulu

Aku merasakan bahawa jalan ini sangat panjang

Merasakan bahawa jalan ini sangat gelap untuk aku lalui

Merasakan seperti tiada penghuni lain yang menemani kesunyian ini

Merasakan seperti tiada cahaya yang akan menyinari

Sekarang

Cahaya yang aku temui

Petunjuk yang aku nampak di balik cahaya itu

Membawa aku ke satu jalan lain

Jalan yang penuh dengan suka & duka

Jalan yang berpenghuni

Jalan yang mempunyai nama

Nama yang aku berikan

Kita

Ya

Jalan kita

Diiringi oleh Nya...

Jalan yang kita akan hiasi

Semoga jalan kita terus bercahaya

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.