Hampir 10 bulan usia perkahwinan kita..
Pelbagai dugaan yang kita lalui..
Jarak yang jauh..
Kursus yang berpanjangan..
Karenah yang pelbagai..
Hari demi hari..
Ia mematangkan kita dalam menangani hal rumah tangga..
Ingin abang ceritakan pada Hannan..
Pada ketika abang menjalani kursus tempoh hari..
Setiap hari yang abang lalui adalah begitu sukar..
Sukar untuk digambarkan..
Hari demi hari yang dilalui hanya ada Hannan difikiran..
Terputus hubungan dalam tempoh yang begitu lama..
Pelbagai persoalan yang bermain diminda ini..
Keadaan Hannan, makan minum Hannan..
Sehingga pada suatu saat abang rebah tidak berdaya..
Pada waktu abang dikejarkan ke Hospital..
Abang hanya memikirkan tentang Hannan..
Risau yang tidak terhingga ketika berada diruang Kecemasan..
Menerima apa sahaja tindakan dari para pakar yang mendampingi..
Sungguh abang tidak berdaya..
Redha akan semua yang bakal mendatang..
Hannan...
Andai suatu hari nanti berulang situasi yang lebih dari itu..
Jangan sama sekali Hannan lemah..
Kuatkan semangat..
Kita jumpa di sana seperti yang Hannan janjikan..
Abang nantikan Hannan..
Dalam 10 bulan..
Selalu ingat..
Pesanan..
Larangan..
Nasihat..
Semangat..
Kata-kata..
Mungkin itu akan menjadi sesuatu yang sangat berharga kelak..
InsyaAllah...
1. Hannan
2. Hannan
3. Hannan
4. Hanya Hannan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.